Sabtu, 22 Jun 2013

The Arrivals - Malay Sub Part 1

Hukum Tajwid Mad Silah Sughra

Sumber : http://tajwidsensei.blogspot.com/2012/09/hukum-mad-mad-silah-sughra.html

Hukum Mad Part 2 : Mad Silah Sughra


 Assalamualaikum..Dah banyak hari tak update sambungan bab Mad Asli neh..Kurang sikit mood menaip beberapa hari nih..:-)

Baiklah, dalam entry ni..Saya akan sambung bab Mad Asli ni untuk Mad Asli yang berlaku pada keadaan wasal sahaja iaitu Mad Silah Shugra/Qasirah..Ok, apa dia wasal ni? Pada yang tak tahu lagi, wasal ni bermaksud menyambung atau meneruskan bacaan..Boleh faham kan? 

Ok, dibawah saya sertakan cici-ciri yang perlu kita tahu untuk dapat mengenali hukum Mad Silah Sughra ni dengan lebih baik..




Pengenalan Mad Silah Sughra / Mad Silah Qasirah :
  • Mad Silah Sughra hanya berlaku pada Ha' Dhomir atau Ha' simpul (ه).
  • Ha' Dhomir itu mestilah terletak diantara 2 huruf yang berbaris.
  • Mad Silah Sughra dapat dikenali dgn melihat pada Ha' Dhomir yang mempunyai tanda Wau dan Ya' kecil.
  • Mad Silah hanya berlaku ketika mewasalkan bacaan shj.
  • Berlaku pada ha' dhomir yang tidak berjumpa dengan huruf Hamzah.


Cara Bacaan :

Dibaca dengan panjang kadar 2 harakat.




Contoh Mad Silah Sughra :




















 
Dalam contoh kat atas tu, kita boleh tengok ada tempat yang saya tandakan dengan bentuk bujur warna merah , bentuk empat segi warna biru dan ada tempat yang saya letakkan tanda anak panah.

Ok, jom saya terangkan perbezaan pada semua tanda tu..


Tanda bujur warna merah : 

Pada tempat ni lah yang mana berlakunya Mad Silah Sughra yang kita tengah bincang sekarang ni..Cuba perhatikan, semua ciri yang saya sebutkan kat bahagian pengenalan ada kat situ..Berlaku pada ha' simpul, ha' terletak pada dua huruf yg berbaris, Ha' tidak bertemu dgn Hamzah, bacaan diwasalkan dan mempunyai tanda Wau kecil (Pada ha' yg berbaris hadapan) dan Ya' kecil (Pada ha' yg berbaris bawah).


Tanda bujur warna merah dan anak panah :

Ok, pada tempat kalau kita perhatikan betul-betul, kesemua ciri-ciri pada bahagian pengenalan tu ada melainkan 1..Iaitu berlaku ketika wasal..Pada bahagian itu kita diberi pilihan untuk mewasalkan bacaan atau berhenti (Waqaf)..Dan kebanyakan kita memilih untuk berhenti, betul kan? So, bila kita berhenti..Mad Silah tidak akan berlaku.


Tanda empat segi warna biru :

Di sini jika kita perhatikan, semua ciri-ciri pada Mad Silah Sughra ada melainkan tidak bertemu dengan hamzah..Bila Ha' Dhomir ni berjumpe dengan Hamzah, Ia akan dibaca dengan kadar lebih dari dua harakat dan dikenali dengan nama Mad Silah Kubra..Bahagian ni insyaallah kita akan sama-sama bincangkan nanti dalam bab mad Far'ie disebabkan Hamzah..

Doa Sujud Tilawah

Sumber Pertama

Doa Sujud Tilawah 1


Maksudnya:

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".



Sumber 2
Doa Sujud Tilawah 2


Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."


Sumber 3
Penanya: Hamba Allah
Soalan:

Adakah Terdapat Bacaan Khusus Ketika Sujud Tilawah dan Sujud Syukur?

Jawapan:
Adapun sujud tilawah ada dua hadis yang menjelaskannya, tapi keduanya adalah hadis dho’if (lemah).
Pertama : Hadis ‘Aisyah -radhiyallahu ‘anha- :
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ فِيْ سُجُوْدِ الْقُرْآنِ بِالْلَيْلِ سَجَدَ وَجْهِيْ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعُهُ وَبَصَرُهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ
“Adalah Nabi shalallahu ‘alaihi wa salam beliau membaca dari sujud Al-Qur’an (sujud tilawah-pent.) pada malam hari : “Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptakanku, maka beratlah pendengaran dan penglihatan kerana kemampuan dan kekuatan-Nya”. Dan dalam riwayat Hakim ada tambahan : “Maka Maha Berkah Allah sebaik-baik pencipta”. Dan dalam riwayat Ibnu Khuzaimah : “Beliau mengucapkannya tiga kali“.
(Hadits ini diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahaway dalam Musnadnya 3/965 no.1679, Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushonnaf 1/380 no.4372, Ahmad dalam Musnadnya 6/30, Tirmidzi 2/474 no.580 dan 5/456 no.3425, An-Nasai 2/222 no.1129 dan Al-Kubro 1/239 no.714, Abu Ahmad Al-Hakim dalam Syi’ar Ashhabul Hadits no.82, 83, Ibnu Khuzaimah 1/382, Hakim 1/341-342, Ad-Daraquthni 1/406, Al-Baihaqi 2/325, Abu Syaikh Al-Ashbahani dalam Ath-Thobaqat 3/513 dan Ath-Thobarani dalam Al-Ausath 4/9 no.4376.)
Semua meriwayatkan hadits ini dari jalan Khalid bin Mihran Al-Hadzdza` dari Abul ’Aliyah dari ’Aisyah.
Cacat yang menyebabkan hadiss ini lemah adalah Khalid bin Mihran tidak mendengar dari Abul ’Aliyah. Berkata Imam Ahmad: “Khalid tidak mendengar dari Abul ’Aliyah“. (Rujuk: Tahdzib At-Tahdzib dan Jami’ At-Tahshil karya Al- ˜Ala`i.)
Dan Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya menegaskan bahwa sebenarnya antara Khalid dan Abul ’Aliyah ada perantara iaitu seorang rowi mubham (seorang lelaki yang tidak disebut namanya-pen.).
Saya berkata : Apa yang disebutkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah ini memang benar kerana Khalid bin Mihran dari seluruh rujukan yang disebutkan di atas ia meriwayatkan dari Abul ’Aliyah dengan lafadz ’An (dari) sehingga riwayat Khalid ini dianggap terputus dari Abul ’Aliyah apabila telah terbukti ada riwayat lain menyebutkan ada perantara antara Khalid dengan Abul ’Aliyah.
Dan ternyata ada riwayat dari jalan ’Isma’il bin ’Ulayyah dari Khalid bin Mihran dari seorang lelaki dari Abul ’Aliyah dari ’Aisyah -radhiyallahu’anha-.
Riwayat ’Isma’il bin ’Ulayyah ini dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya 6/217, Abu Daud 2/60 no.1414, Ibnu Khuzaimah 1/283 dan Al-Baihaqi dalam Al-Kubro 1/325 dan As-Sughro 1/509.
Maka boleh disimpulkan bahwa hadis ’Aisyah ini adalah hadits yang lemah karena Khalid tidak mendengar dari Abul ’Aliyah dan perantara antara keduanya adalah seorang rawi mubham. Kerana itulah hadis ini disebutkan oleh Syaikh Muqbil bin Hady Al-Wadi’i -rahimahullahu- dalam Ahadits Mu’allah Zhohiruha Ash-Shihhah hadits no. 395.
Kedua : Hadis Ibnu ‘Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-
قَرَأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ سَجَدَةً ثُمَّ سَجَدَ فَسَمِعْتُهُ وَهُوَ يَقُوْلُ اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِيْ بِهَا عِنْدَكَ أَجَرًا وَضَعْ عَنِّيْ بِهَا وِزْرًا وَاجْعَلْهَا لِيْ عِنْدَكَ ذَخَرًا وَتَقَبَّلْهَا مِنِّيْ كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُدَ
“Nabi shalallahu ‘alaihi wa salam membaca satu ayat dari ayat-ayat sajadah lalu beliau sujud kemudian beliau membaca doa : “Wahai Allah tulislah untukku dengannya disisiMu sebagai pahala dan letakkanlah dariku dengannya dosa dan jadikanlah untukku disisiMu sebagai modal dan terimalah dariku sebagaimana Engkau menerima dari hambaMu (Nabi) Daud“.
(Hadits ini diriwayatkan oleh Tirmidzi 2/472 no.549 dan 5/455-456 no.3424, Ibnu Majah 1/334 no.1053, Ibnu Khuzaimah 1/282-283 no.572-573, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihsan 6/473 no.2568 dan Al-Mawarid no.691, Al-Hakim 1/341, Al-Baihaqi 2/320, Abu Ahmad Al-Hakim dalam Syi’ar Ashhabul hadits no.84, Ath-Thobarani 11/104 no.11262, Al-Uqoily dalam Ad-Du’afa` 1/242-243, Al-Khalili dalam Al-Irsyad 1/353-354 dan Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal 6/314.)
Semuanya meriwayatkan dari jalan Muhammad bin Yazid bin Hunais dari Hasan bin Muhammad bin ’Ubaidillah bin Abi Yazid berkata kepadaku Ibnu Juraij : “Wahai Hasan, datukmu ’Ubaidillah bin Abi Yazid mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu ’Abbas”.
Saya berkata : Dalam hadis ini ada dua cacat:
1. Muhammad bin Yazid bin Hunais. Abu Hatim berkomentar tentangnya : “Syaikhun sholihun (Seorang Syaikh yang soleh)”. Dan Ibnu Hibban menyebutkannya dalam Ats-Tsiqot maka rawi seperti ini tidak dipakai berhujjah kalau bersendirian karena itu Al-Hafidz menyimpulkan dari Taqrib At-Tahdzib : “Maqbul (diterima hadisnya kalau ada pendokongnya, kalau tidak ada pendukungnya ia adalah layyinul hadis (lemah hadisnya)”.
2. Hasan bin Muhammad bin ’Ubaidillah. Adz-Dzahabi berkomentar tentangnya : “Berkata Al-‘Uqoily : “laa yutaba ’u’alaihi (Ia tidak mempunyai pendokong)” dan berkata yang lainnya : “Padanya (Hasan bin Muhammad) ada Jahalah (tidak dikenal)”. Maka rawi ini juga tidak dipakai berhujjah kalau bersendirian. Apalagi Imam At-Tirmidzi menganggap bahwa hadis ini adalah hadis ghorib. Dan istilah hadis ghorib menurut Imam At-Tirmidzi adalah hadis lemah. Wallahu A’lam.
Kesimpulan:
  • Tidak ada hadits yang sahih tentang doa sujud tilawah maka ketika seseorang membaca ayat dari ayat-ayat sajadah dalam solat kemudian ia sujud maka ia membaca doa seperti yang ia baca dalam sujud solat (bacaan biasa ketika sujud). Ini merupakan pendapat Imam Ahmad sebagaimana dalam Al-Mughny 2/362 dan Masail Imam Ahmad riwayat Ibnu Hany 1/98.
  • Adapun kalau sujud tilawahnya di luar solat maka tidak ada syariat membaca doa apapun. Wallahu A’lam.
  • Adapun doa sujud sahwi kami tidak mengetahui ada doa yang khusus pada sujud sahwi tersebut mungkin kerana itu Imam Ibnu Qudamah berkata bahawa yang dibaca dalam sujud sahwi adalah sama dengan apa yang dibaca pada sujud solat.
Oleh:
Al Ustadz Abu Muhammad Dzulqarnain

Sumber: http://an-nashihah.com/



Sujud Tilawah

Tarikh: 
 Jul 10, 2011
Riwayat: 
 (al-Bukhari dan Muslim)
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
Huraian Hadith: 
1. Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah. 2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam. 3. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat. 4. Ayat-ayat sajdah itu ialah surah as-Sajdah:15, al-A'raaf: 206, ar-Ra'd: 15, an-Nahl: 49, al-Israa': 107, Maryam: 58, al-Haj: 18, al-Furqaan: 60, an-Naml: 25, Fussilat: 38, al-'Alaq:19, an-Najm: 62, Insyiqaaq: 21, Saad: 24. 5. Cara melakukan sujud sajdah di luar solat menurut mazhab Syafi'e ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud yang maksudnya: Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta". Kemudian kembali duduk dan memberi salam. 6. Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.




Hukum Sentuh Al Quran Tanpa Wudhu - Ustaz Azhar Idrus